Dihantar dan dipasang oleh kru kami sendiri
Semua pesanan dihantar terus dari gudang pusat kami di Ipoh. Pasukan kami akan menghantar, memasang dan menyusun setiap perabot, serta membersihkan sisa pembungkusan. Berikut adalah caj penghantaran standard mengikut jarak.
- Dihantar dari Ipoh
- Perak, Pulau Pinang, Selangor, KL
- Pemasangan disertakan
Kami jadualkan
Bahagian penghantaran kami akan mengatur tarikh dan masa bersama anda selepas pesanan anda disahkan.
Kami hantar
Lori kami sendiri akan membawa semua barangan dari gudang di Ipoh dengan balutan yang rapi.
Kami pasang
Kru kami akan memasang, menyusun setiap perabot mengikut pelan anda dan mengemas semula bahan pembungkusan.
Kadar mengikut jarak dari Ipoh
Caj Penghantaran Standard (dari Ipoh)
| Radius KM | Caj RM | Pembelian RM | Kawasan Penghantaran |
|---|---|---|---|
| 0 – 30km | Percuma | >350 | Ipoh, Klebang, Chemor, Lahat, Pusing |
| 30 – 50km | 130 100 Percuma | <1,500 1,500 >3,500 | Kuala Kangsar, Parit, Tronoh, Malim Nawar, Kampar, Batu Gajah, Gopeng, Sungai Siput, Jeram |
| 50 – 80km | 250 180 Percuma | <2,000 2,000 =>4,000 | Simpang Empat, Semanggol, Bukit Merah, Taiping, Kamunting, Lenggong, Chenderiang, Tapah, Bidor, Beruas, Ayer Tawar, Seri Manjung, Sitiawan, Lumut, Tg Tualang, Kg Gajah, Seri Iskandar, Bota, Langkap |
| 80 – 110km | 400 300 Percuma | <3,000 3,000 =>6,000 | Batu Kurau, Kuala Kurau, Bagan Serai, Parit Buntar, Selama, Cameron Highland, Seberang Perak, Teluk Intan, Hutan Melintang, Sungkai, Trolak, Slim River, Pantai Remis, Pulau Pangkor |
| 110 – 150km | 400 350 Percuma | <3,000 3,000 =>6,000 | Grik, Pengkalan Hulu, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Pulau Pinang |
| 150 – 250km | 150 100 Percuma | >3,000 3,000 =>5,000 | Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya |
Nota: Buat masa ini kami hanya meliputi negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Untuk kawasan selain ini, sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk urusan lanjut. Tarikh & masa penghantaran akan diuruskan oleh bahagian penghantaran kami. Harga di atas hanyalah sebagai panduan dan caj akhir bergantung pada kawasan penghantaran khusus, tahap kesegeraan pesanan, jumlah akhir pembelian serta tahap kerumitan pemunggahan dan pemasangan. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Perkhidmatan Pemasangan:
Perkhidmatan pemasangan percuma disediakan untuk semua pelanggan kami yang membeli dari kedai fizikal dan saluran dalam talian kami.
Penghantaran ke lokasi lebih jauh?
Untuk negeri-negeri lain dan projek berskala besar, hubungi kami untuk sebut harga penghantaran dan pemasangan.